Tuesday, March 12, 2013

Kematian Sugumaran: Adakah polis telah bertindak melampaui hak undang-undang?


sugumaran-body
Merujuk kepada kes kematian C. Sugumaran, berumur 40 tahun, yang dijumpai mati terbujur kaku pada 23 Januari lalu – memandangkan kematian Sugumaran kini dipersoalkan dan disyaki bersangkut paut dengan keganasan polis – Gerakan Malaysians for Beng Hock meminta dengan tegasnya supaya penyiasatan dijalankan dengan segera, dan tindakan yang sewajarnya harus diambil sekiranya terdapat sebarang tanda-tanda yang mencurigakan, bahkan mengantung jawatan polis-polis yang terbabit dan melancarkan penyiasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut beberapa orang saksi, C. Sugumaran dikejari polis, digari di belakang badannya, mukanya disapui serbuk kuning dan dipukul sehingga mati.

Gerakan Malaysians for Beng Hock mengutuk sekeras-kerasnya sebarang keganasan polis, tiada sebarang anggota polis yang berhak menggangap diri sebagai hakim atau melampaui hak undang-undang.

Menurut suatu laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 2011, terdapat lebih daripada 1,500 nyawa-nyawa rakyat terkorban dalam pusat-pusat tahanan dan penjara-penjara di antara tahun 2003 sehingga 2007.

Kes-kes yang disyaki berlaku di bawah keganasan polis meningkat secara mendadak sejak kebelakangan ini, banyak pertubuhan-pertubuhan serta institusi-institusi telah pun menggesa supaya Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) ditubuhkan, namun ianya langsung sekali tidak diambil berat oleh Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein dan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang enggan membuat sebarang balasan ke atas seruan-seruan tersebut.

Keadaan ini mengakibatkan tiada sebarang anggota-anggota polis atau pengawai-pengawai kerajaan yang bertanggungjawab ke atas kes-kes penyeksaan dan kematian di bawah tahanan, di mana mereka yang menyalahgunakan kuasa atau menggunakan keganasan seharusnya dihadap ke mahkamah.

Memandangkan keadaan yang bertambah buruk dan nyawa-nyawa yang terkorban semakin meningkat, Gerakan Malaysians for Beng Hock menggesa kerajaan mengambil tindakan dengan segara untuk menyiasat kes kematian Sugumaran dan menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis atas permintaan rakyat.

Penulis ialah penyelaras gerakan Malaysians for Beng Hock.

Cops rule out foul play in convict’s death in cell

Family members of M.Ragu
Name
 Age
 Date 
 Circumstance of death
M. Ragu
47
10th February 2013
On March 6, Ragu, who has a history of a mental illness, quarrelled with and assaulted a shopkeeper.
Subsequently, he surrendered to the police and two days later was sentenced to eight months' jail and fined RM2,000.
Ragu was found dead in the Kampar district police headquarters. was due to pulmonary embolism, which is a sudden blockage of the lung artery. The deputy police chief Senior Asst Comm Datuk A. Paramasivam said the post-mortem report also revealed that there was no trauma or external injury.